PENGENALAN
"Pengubatan Holistik"
Perubatan
herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta
melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80% komuniti dunia. Pengetahuan
tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi.
Hari
ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan
pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia
moden serta komtemporari.Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan
kebolehan melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan
alatan tertentu.
Herbalogi
membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian
tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain.Jika tubuh tidak
upaya melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam
diri manusia terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor
spiritul,mental,emosi dan fizikal.
Herbalis
melihat pesakit secara unik,tidak ada penyakit yang sama untuk semua
orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan seorang herbalis
mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu
yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk
pesakit lain.
Tujuan
pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrahdan
mengembalikan keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gegala
atau simtom penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza
bergantung kepada apa yang diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi
normal. Herbalis perlu berkeyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada
ubatnya sepertimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW sejak
dahulu lagi.
HERBALISMA: BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT
Disamping
memberikan ubatan herba,seseorang herbalis perlu mencari dan
memperbaiki berbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan pesakit. Makanan
yang tertentu banyak mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.Herbalis
membantu pesakit mendapatkan makanan yang berzat,vitamin,mineral dan
unsur-unsur yang lain. Sebahagian orang mempunyai tindak balas elergi (
alahan ) ataupun sensitif dalam makanan tertentu. Tujuan daripada
pengubatan herba adalah untuk mengatasi kekurangan tersebuat dan secara
umum meningkatkan daya hidupnya ( vitality ).
Stress
atau tekanan adakah faktor yang akan memperkembangkan penyakit dengan
ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan kaedah
sepertai aromaterapi,sauna, hipnotis dan membolehkan pesakit mendapat
tidur yang berkualiti. Herba tersebuat adalah seperti mengkudu dan akar
lalang.
HERBA UBATAN
prinsip utama herbalogi ialah menggunakan semurni mungkin bahan-bahan daripada herba.
Keseragaman
kimia menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh.dengan Kaedah
mengambil bahan-bahan aktif tertentu sahaja akan mengakibatkan
berlakunya kesan-kesan sampingan dan tidak efektif disebabkan
ketidakseimbangan biokimia.
TUMBUHAN
Herbalogi tidak menggunakan bahan isolasi ataupun bahan kimia sintetik atau ubatan dadah.
Keseimbangan
dan kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia)
menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh, ini juga dapat
mengelakkan berlakunya kesan sampingan.
Banyak
contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak
tunggal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan
tidak efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah
dicerna dan lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila
terdapat 40 jenis bahan aktif dalam sesuatu herba lebih baik
pengambilannya dalam bentuk gabungan alami.Selain daripada itu herba
sering disinergikan bagi menguatkan potensi ramuan tersebut.Herba
memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu penyembuhan.
SIFAT PENYAKIT
Sakit
adalah hasil kerja tubuh dalam usahanya untuk memulih keseimbangan dan
keselarasan, oleh sebab itu pengubatan ditujukan untuk mendokong
mekanisma penyembuhan diri tubuh (self healing mechanism) ,bukan
menekannya. Sakit sebenarnya adalah perlawanan tubuh terhadap penyakit,
oleh itu dengan menghilangkan tanda penyakit tidak bererti menghilangkan
penyakit,mungkin hanya tandanya sahaja yang dihilangkan (rawatan
simtom).
Herbalisma
berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya.Tubuh
mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu
dijaga organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal.Sistem peredaran
darah juga penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan
peredaran darah keseluruhan tubuh.
Herba
yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf.
Boleh juga di berikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf
setelah ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis
adalah tujuan herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk
mengamalkan hal ini ialah adaptogenis. Herba-herba digunakan terutama
untuk mendokong fungsi kelenjar adrenal. Menurut herbalis, mengenal
penyakit bererti mengenal seluruh tubuh peribadi pesakit,reaksinya
terhadap penyakit,pontensi semua fungsi tubuh untuk mengembalikan
kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada kesediaan
makanan,peredaran darah,penyingkiran bahan beracun,kerja sistem saraf
yang baik dan kesimbangan hormon.
PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN
Seoeang
herbalis yang terlatih perlu mempunyai pengalaman yang luas bagi
memastikan herba dan penentuan penyakit tepat dengan melakukan
diagnosa.Ilmu pengubatan herba bukan sekadar perbincangan ilmiah yang
bersifat teori dan retorik semata-mata, lantas meninggalkan medan amali.
Gabungan
daripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat
seseorang herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan.
Sekiranya dunia yang membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah"
tidak ditanggapi oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang
diwariskan kepada hamba-hamba-NYA akan diambil orang.
(Dipetik drpd Buku "Pengubatan Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan