Sabtu, 3 Mac 2012

OBESITY MENGANCAM KESIHATAN

                                          
     Pemakanan yang mengandungi lemak yang berlebihan menyebabkan seseorang itu berkemungkinan akan menghidapi kegemukan ataupun lebih dikenali sebagai Obesiti.
     Wanita yang bertubuh langsing kelihatan lebih menarik begitu juga dengan lelaki yang bertubuh tegap. Kegemukan boleh terjadi akibat makan yang berlebihan. Kalori yang diambil akan disimpan dalam bentuk lemak oleh tubuh. 
Gaya hidup yang tidak sihat iaitu kurang melakukan aktiviti fizikal atau latihan serta ganguan hormon. Faktor Obesiti juga boleh dipengaruhi oleh keturunan. Jika ibu bapa gemuk, peluang anak untuk gemuk adalah meningkat kepada 35%. Di samping itu juga golongan obesiti akan mengalami masalah psikologi seperti kurang keyakinan diri.
Selain faktor yang diyatakan tadi untuk mengetahui sama ada kita berada dalam kategori ini ialah timbulnya rasa panas tubuh, berpeluh dan bernafas pendek-pendek. Di Amerika Syarikat, obesiti dikatakan sebagai pembunuh nombor 2 selepas rokok, kerana ia dikaitkan dengan masalah kesihatan yang telah dinyatakan tadi. Dianggarkan kira-kira 300,000 rakyat Amerika mati setiap tahun - akibat daripada penyakit yang berpunca dari obesiti.

INDEKS KETUMPATAN TUBUH (BMI)

Bagaimana untuk mengetahui berat badan yang ideal? salah satu caranya ialah dengan mengetahui indeks ketumpatan badan (BMI). BMI dikira dengan membahagi berat badan dengan ketinggian anda. Sebagai contohnya wanita yang beratnya 64kg dengan ketinggian 1.63 meter. Darabkan kuasa dua ketinggian dan kemudian jumlah berat badan dibahagi dengan jumlah tersebut.

Begini caranya:
Bahagikan berat badan anda dalam Kg kepada tinggi dalam meter yang dikuasa duakan.
contoh: Berat: 75kg
             Tinggi: 1.6 meter


1.65 darab 1.65 = 2.56                                            Index BMI              Penunjuk
                                                                                      20.......................Kurus
 75 bahagi 2.56 = 29.2                                                20-25.....................Normal   
                                                                                     25-30.....................Gemuk
                                                                                     30........................Obesiti

Pakar pemakanan juga bersetuju bahawa obesiti boleh dikatakan salah satu penyakit kronik yang mengancam jiwa. Menurut buku "Principle Of Nutrition" Wilson, Eva D.: Katherine H. Fisher dan Mary E. Fuqua melaporkan bahawa setiap kes kematian akibat kencing manis di kalangan orang biasa dengan orang gemuk ialah 1: 3.8 untuk lelaki dan 1: 3.7 untuk perempuan. Dalam senarai yang sama terdapat penyakit-penyakit yang menjejaskan hati, buah pinggang, salur darah, jantung, hempedu dan apendisitis.

Kegemukan ada hubungkait dengan masalah tulang serta sendi. Bahagian ini terpaksa menampung berat badan berlebihan sekaligus memberi kesan kepada bahagian lutut, pinggang dan belakang. Obesiti di kalangan lelaki juga dikatakan boleh menyebabkan kanser kolon, rektum dan prostat manakala di kalangan wanita ia dikaitkan dengan kanser payudara, serviks dan uterus.

MASALAH ORGAN-ORGAN TUBUH DENGAN KEGEMUKAN

Berat badan berlebihan memaksa organ-organ ini bekerja keras. Badan manusia mempunyai jumlah lemak yang tertentu dalam tisu-tisunya. Kehadiran lemak tambahan ini menyebabkan ia terpaksa di simpan di bawah kulit. Kulit orang gemuk kurang berkedut berbanding orang kurus. Ia juga disimpan di dalam tisu penopang dalam abdomen, sekitar buah pinggang dan lapisan permukaan jantung.

a) Jantung
Walaupun lemak tambahan ini tidak diperlui tetapi ia adalah tisu yang hidup dan perlu dibekalkan darah seperti tisu yang lain. Ini bermakna badan memerlukan pertambahan bilangan kapilari yang sepadan untuk membekalkan darah kepada tisu lemak ini. Beban kerja jantung akan bertambah kerana ia terpaksa bekerja mengepam darah melalui sistem salur darah tambahan pula.
b) Buah pinggang
Buah pinggang adalah organ terakhir dan terpenting sekali yang menunjukkan kesan berat badan berlebihan. Apabila banyak tisu yang terdapat di dalam badan maka lebih banyak jumlah bahan buangan yang perlu dibuang.

c) Paru-paru
Proses pembekalan oksigen dan pembuangan karbon dioksida pada paru-paru turut terganggu. Gerak balas proses ini boleh menyebabkan tisu yang membentuk darah lebih banyak menghasilkan sel darah merah dari yang diperlukan oleh tubuh. Kehadiran lemak di bahagian peparu dan di bawah diafgram boleh menganggu pernafasan dan membawa kepada masalah bronkitis. 

d) Hati
Hati juga akan terjejas kerana ia berfungsi mengendalikan bahan kimia di dalam badan. Ia terlibat di dalam proses pembentukan dan pengaturan simpanan lemak di dalam tubuh. Apabila berat badan berlebihan, kerja untuk hati juga bertambah.

BAGAIMANA INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN
1) Diet
Ambil makanan mengikut kalori yang diperlukan oleh tubuh. Amalkan pemakanan yang seimbang seperti makanan yang mengandungi banyat serat tetapi mengurangkan makanan yang manis dan berlemak.

2) Senaman
Sebelum melakukan senaman. dinasihatkan berjumpa dengan pakar dahulu. Semakin banyak kegiatan jasmani dilakukan semakin besar jumlah kalori yang digunakan. Senaman boleh menambah kegiatan pelbagai organ di dalam badan. Semakin banyak kalori yang digunakan, akan mempercepatkan proses pembuangan sisa dari ginjal dan usus serta mengurangkan kalori di simpan dalam bentuk lemak. 

3) Berjumpa dengan pakar doktor
Mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam bidang ini mungkin boleh membantu anda sama ada dalam bentuk pendapat atau perawatan yang sesuai.
Sekiranya anda ingin memulakan program mengurangkan berat badan, motivasi diri adalah penting. Sesuatu yang harus diingatkan bahawa proses yang mengurangkan berat badan mengambil masa yang lama. Turun berat badan 1/2kg dianggap normal. Dr Van Der Merwe dari Jabatan Endokrinologi di Kolej Perubatan Wits memberi komennya "Adalah mustahil bagi sesiapa yang mempunyai BMI melebihi 40 mencapai berat badan ideal untuk tempoh tiga bulan" Malah crash diet boleh membawa lebih banyak kesan buruk pada kesihatan.                                                                                                                                                                                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan