Sabtu, 3 Mac 2012

PERANAN HATI SEBAGAI PEMBAKAR LEMAK (FATTY LIVER)


               Hati merupakan agen pembakar lemak yang utama di dalam tubuh manusia serta mengatur metabolisme lemak menerusi satu sel biochemical pathways / jejak-aliran biokimia yang lengkap. Hati juga boleh mengepam keluar lemak yang berlebihan menerusi hempedu ke dalam usus kecil. Jika sesuatu diet itu tinggi seratnya, maka lemak-lemak yang tidak diperlukan akan dibawa keluar daripada tubuh menerusi usus / saluran najis. Oleh itu hati merupakan sejenis (mesin) bagi menjaga berat badan iaitu sebagai organ pembakar lemak dan agen pengepam keluar lemak. Jika diet itu kekurangan serat (fiber) maka beberapa jenis lemak / kolesterol dan toksid-toksid yang telah di pam oleh hati kedalam usus menerusi hempedu akan di kitar semula atau dihantar semula (recirulate back) ke dalam hati. Ini berlaku menerusi kitaran entero-hepatik (entero-hepatic circulation).
Istilah entero-hepatic circulation bermaksud kitaran semula cecair yang mengandungi banyak asid hempedu daripada usus kembali ke dalam hati. Kitaran entero-hepatik adalah besar di mana lebih 95% asid hempedu (bile acid) diserap daripada bahagian akhir usus kecil (ileum) memasuki vena portal (portal vein) untuk dibawa kembali ke dalam hati. Hati akan mengitar semula asid hempedu dan kembali ke usus kecil dan keseluruhan kolam hempedu mengitar semula menerusi entero-hepatic circulation sebanyak 6-8 kali sehari. Jika cecair yang dikitar semula ini tinggi kandungan lemak dan toksid, ini akan membawa kepada masalah berat badan yang berlebihan. Diet yang tinggi kandungan serat akan mengurangkan pengitaran semula lemak dan toksid daripada usus (gut) kembali ke dalam hati. Ini sangat penting kepada mereka yang mengalami berat badan berlebihan dan kolesterol yang tinggi. Pengambilan buah-buahan dan sayuran dengan banyak, juga bijiran tumbuhan mentah (ground-up raw seeds) akan mengurangkan pengitaran semula lemak dan toksid yang tidak perlu oleh badan. Seseorang itu perlu mengambil herba-herba yang mengandungi serat yang tinggi seperti Teh Asiatica, Spirulina, Kapsul Mengkudu, Pelawas, Balance dan semua jenis kordial HPA dll. Herba-herba tersebut memberi tumpuan kepada pembersihan colon / perut adalah gudang segala penyakit.

Jika penapis hati (liver filter) rosak oleh toksid atau tersekat (clogged out) oleh bahan buangan yang berlebihan ia akan kurang kemampuannya bagi membuang (small fat globules) ketulan lemak kecil atau chylomicrons (mikron-mikron kilus) yang beredar di dalam aliran darah. Ia akan menyebabkan terbentuknya lebihan lemak tadi di dinding-dinding saluran darah. Lemak ini kemudiannya akan terbentuk sedikit-sedikit di beberapa bahagian badan dan lain-lain organ dalam bentuk simpanan (fatty deposit) di bawah kulit. Oleh itu akan terbentuk selulit (cellulite) di sekitar punggung, peha, betis dan dinding-dinding perut. Jika hati tidak berfungsi (dysfunctional) maka ia tidak akan menghasilkan jumlah kolesterol yang berguna (HDL) yang mencukupi yang akan bergerak mengelilingi luar hati bagi memerangkap kolesterol tidak sihat / tidak baik (LDL) daripada dinding-dinding saluran darah.

Sekiranya penapis hati sihat, ia membenarkan dietary cholesterol (kolesterol daripada diet) untuk dipindahkan secara pintasan (shunted) ke dalam hati bagi tujuan metabolisme atau dibuang menerusi hempedu. penapis hati yang sihat perlu bagi mengatur paras kolesterol dalam darah dengan betul. Kelemahan sistem hati akan meningkatkan peluang bagi anda menghidapi penyakit kardiovaskular / jantung seperti atherosclerosis / tersumbatan saluran arteri, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan lumpuh.

Jika hati mengatur metabolisme lemak dengan berkesan, maka berat badan (weight gain) akan muncul di sekitar perut (abdominal area) serta perut buncit (protuberant abdoment) akan berlaku. Ini tidak bagi pinggang (waistline). Tanda-tanda lain adalah lingkaran lemak (roll of fats) di sekeliling kawasan atas perut (upper abdomen) atau lingkaran hati (liver roll). Ini merupakan tanda-tanda yang selalunya terdapat bagi fatty liver. Adalah sangat mustahak bagi membuangkan lemak di perut (abdominal fat) sehinggalah fungsi hati diperbaiki. Apabila ia diperbaiki, maka hati akan mula membakar lemak dengan berkesan dan berat badan akan menurun dengan perlahan-perlahan serta hati tidak perlu berkerja keras. Anda tidak perlu menjadikan diri anda terkongkong (miserable) dengan mengikat diet yang rendah lemak serta kalori. Apa yang berkesan dalam masa panjang adalah makanan dan nutrien yang betul bagi hati untuk memperbaiki peranannya hati sebagai pembakar lemak. Tonik untuk hati seperti Spirulina dan Sulfur yang mengandungi asid amino akan menolong hati bagi membakar lemak dengan berkesan dan membantu mengawal berat badan.

Kebanyakan manusia pertengahan umur yang mengalami berlebihan lemak di kawasan perut,  mengidap hati berlemak (fatty liver). Dalam keadaan ini, hati sudah berhenti membakar lemak dan bertukar menjadi organ penyimpan lemak  (fat storing organ). Ia semakin membesar dan melebar (swollen) dengan simpanan berminyak pada tisu-tisu berlemak. Pengidap fatty liver tidak berupaya menurunkan berat badan melainkan mereka harus terlebih dahulu memperbaiki fungsi hati dengan diet pembersih hati (liver cleaning diet) dan menggunakan tonik hati yang mujarab. Jika anda mempunyai fatty liver adalah mustahak anda bersabar / bertenang kerana ia mengambil masa 3 hingga 12 bulan bergantung kepada jumlah lemak yang tersimpan di dalam hati. Apabila membuat pembersihan lemak di hati penurunan berat badan akan mudah berlaku. Jika anda mempunyai kes fatty liver yang sangat kronik ia akan mengambil masa beberapa tahun bagi menghilangkan berat badan yang berlebihan. Walau bagaimanapun ia amatlah berjaya dalam jangka masa panjang dan menyediakan peluang bagi mengekalakan bentuk badan dan kesihatan badan. Fatty liver merupakan masalah biasa bagi doktor dan memberitahu pesakit agar tidak terlalu bimbang tidaklah serius tetapi jika anda tidak merawatnya diperingkat awal maka peluang mendapat masalah kolesterol yang tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit kencing manis mengikut umur kematangan (mature-onset diabetes) secara signifikannya adalah tinggi. Malangnya kita jarang bertemu pesakit fatty liver di kalangan remaja (adolescents) yang mengambil diet yang tinggi daripada makanan berproses atau makanan segera.

Jika anda melonggokkan hati (overload) dengan rawatan penggantian hormon (HRT) yang salah, dadah atau toksid maka jejak-aliran biokimia hati (liver's biochemical pathway) akan mengalami kekurangan simpanan tenaga yang ditinggalkan / tersedia bagi melaksanakan tugasnya bagi metabolisme lemak.Oleh itu perkara ini akan membawa kepada pertambahan berat badan (weight gain). Bagi wanita menopause yang mengalami masalah berat badan, dicadangkan mendapat penggantian hormon dengan pengambilan herba yang berterusan.

Para pengamal / pengedar perlu tahu kenapa herba sering dikatakan tidak berfungsi untuk menurunkan berat badan. Menjadi tugas kita semua untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang kehebatan herba sekiranya difahami dengan sebenarnya. 

HERBA-ULAM-ULAMAN DAN ANTI-OKSIDAN
Anti-oksidan memusnahkan radikal-radikal bebas dan menolong membuang toksid (detoxify) melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel hati daripada keracunan.

VITAMIN C
Vitamin C merupakan anti-oksidan yang sangat kuat / mujarab bagi hati dan mengurangkan kerosakan akibat toksid keatas sel-sel hati daripada lebihan kimia (chemical overloading). Fungsinya meneutralkan radikal-radikal bebas yang terhasil dari toksid di dalam hati. Kimia-kimia beracun menjadi kurang merbahaya jika terdapat kandungan vitamin C yang banyak di dalam hati. Ia menolong hati mengatur paras kolesterol serta memperbaiki sistem pertahanan badan. 

VITAMIN E
Vitamin E asli secara biologi adalah lebih aktif berbanding dengan vitamin E sintetik / tiruan. Vitamin E merupakan sejenis anti-oksidan yang paling berkuasa (powerful) yang memelihara lemak daripada musnah. Apabila membran-membran sel terdiri daripada susunan himpunan lemak-lemak, vitamin E adalah pelindung terbaik bagi membran sel-sel. Fatty liver (unhealthy oxidized fat) di dalam sel-sel hati.

KAROTENOTD ASLI (NATURAL CAROTENOIDS)
Karotenoid seperti beta karotin, ditemui di dalam herba-herba ubatan merupakan bahan yang signifikan pentingnya bagi kesihatan manusia. Adalah amat mustahak bagi mengambil beta karotin dan bahan lain seperti bioflavonoid,quercetin, curcumin, daripada sumber-sumber asli. Beta karotin ditukarkan di dalam tubuh menjadi vitamin A dan ia tiada kesan sampingan berupa toksid / racun jika ia diambil dalam dos yang tinggi. Kajian telah dibuat bahawa pengambilan beta karotin mencegah kanser. Beta karotin merupakan anti-oksidan yang terkuat (powerful protective anti-oksidan) dan herba (ulam-ulaman) bukannya UBAT.

ANTARA PRODUK PILIHAN HPA SEBAGAI TONIK HATI
Minuman Asiatica, Pelawas, Ficus, Mengkudu, Morin A, Spirulina, Radix / Tenaga Hayat, Stoma K, Stoma S, Lohard, Folia / Herba Tuju Angin, Vitex / D-Hipo, Kordial Roselle, Asiatica, Kurma, HB, Plantisol, Ardisia, Madu Asli HPA, Habbatus Sauda Softgel HPA, Curcumin, Minyak Zaiton dll, Tinospora Crispa, Andrographis Puniculata, Eurycoma Longifolia, Morinda Citrifolia,/ Elliptica dll.

     

   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan