Rabu, 29 Februari 2012

 SENAMAN UNTUK ISTERI-ISTERI 
( Mengecilkan Faraj Perempuan )
                                                                                                                                                                 
1..Berbaring terlentang kemudian lipatkan kaki dari peha sampai ke dada dan betis sampai pada peha. Berbaring dengan terlantang kemudian peluklah kaki itu dengan kedua tangan seperti memeluk bantal sambil menarik nafas.            
Ulang 3 kali seperti di rajah 1.
 

2..Duduk bersila dengan kaki disilangkan agar kedua tumit kaki terdongak keatas. badan ditegakkan sambil menarik nafas, tekan dengan jari pada tapak kaki yang berhampiran dengan ibu jari kaki tersebut. Ingat.... kaki yang berlipat itu hendaklah ditarik agar betul-betul ke peha. Amalkan 3 kali sebelum tidur. Lihat rajah 2.

3.. Duduk bersila dengan kaki disilangkan seperti cara no 2, kemudian tangan kanan dihantarkan kebelakang sambil cuba mengangkat tapak kaki kanan yang dilipatkan kekiri itu sambil menjaga agar badan tegak dan lengan itu jangan dibengkokkan. Amalkan sebelum tidur atau ketika bangun tidur.

4..Berbaring dengan luruskan kaki. Urutlah urat ditepi perut yang berada di tepi rahim itu keatas, ulang 3 kali sambil menarik nafas, amalkan ketika hendak tidur atau ketika bangun dari tidur.
5..Mulakan posisi berbaring terlengkup ke atas dada dan lunjurkan kaki, kemudian dengan perlahan bengkokkan kedua kaki keatas dan kearah punggung sambil menekan kedua belah kaki tersebut dengan kedua tangan di pergelangan buku lali. Tujuan tekanan itu ialah agar kedua kaki tersebut tetap di punggung. Dengan perlahan tarik nafas dalam-dalam, cuba angkatkan seberapa yang tinggi sambil anda menekan keatas punggung. Tahanlah nafas selama 7 saat. Kemudian barulah lepaskan.
(Lihat ganbar rajah senaman ke tujuh untuk lelaki)...

6..Senaman untuk menguatkan tenaga batin. berbaring meniarap kaki kanan di bawah kaki kiri, urat tumit kaki kanan dikepitkan oleh ibu jari dan jari kedua bagi kaki kiri, kedua tangan ditemukan. Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam, sambil kedua-dua tangan kearah bawah dagu agar hujung jari jemari menekan leher tetapi tekanan itu sekadar cecahan sahaja kerana leher itu sebenarnya ditegakkan ke belakang. Seluruh tubuh ditolak ke belakang dengan serentak dengan gerakan di atas hingga tidak boleh digerakkan ke belakang lagi. Tahanlah selama 7 saat. Lepas nafas dan tukar kaki.

Senaman ini bertujuan menyempitkan lubang faraj, menaikkan peranakkan, dan juga dapat menjarangkan anak kerana jika ia dibuat betul-betul, ia akan mengalirkan mani keluar dari faraj. Amalkan di waktu pagi atau selepas jimak jika untuk menjarangkan anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan