Isnin, 5 Mac 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Tubuh Anda adalah Dokter yang terbaik

Teruja saya ketika membaca buku ini bertapa hebatnya manusia di jadikan diatas muka bumi sebagai sebaik-baik kejadian tetapi persolaannya kenapa tidak terjadi sedemikian.

Tidak ada seseorang yang menginginkan sakit berlama-lama . Tidak ada pula yang berharap setiap saat mahu berjumpa doktor untuk berubat.Oleh kerana itu,jadilah dokter bagi diri sendiri.Demikianlah maksud dari Dr.Husen dalam buku ini.Setidaknya,beliau tidak ekstrem mengatakan jangan anti dokter atau jangan mengunjungi dokter lagi untuk berubat.Alasan Dr.Husen,kita boleh menjadi "dokter" bagi diri kita sendiri.Benar,meskipun dokter yang sesungguhnya tetap menjadi rakan kita dalam berbagai informasi diri kita.
Begitu pula dengan sihat boleh kita perolehi ketika kita tahu bagaimana menyiapkan erti sihat sebenarnya.Sihat boleh kita perolehi sewaktu bernafas dengan lega,sihat boleh pula kita rasakan ketika kita merasakan makanan yang enak,sihat tanpa pestisida.Hanya saja,sihat sesaat dengan semua kenikmatan tersebut jika tidak di samakan dengan konsep dan gaya hidup yang juga "sihat" bukan tidak mungkin,justeru diri kitalah yang akan membuat tidak sihat atau sihat.
Jadi,jangan heran bahawa sel-sel dalam tubuh kita pula di lengkapi dengan sensor super canggih untuk mengetahui sel mana yang diperlukan tubuh dan sel mana yang tidak. Maka Carilah ilmu menjadi dokter sendiri.Begitulah kebesaran Allah S.W.T.
MAKANAN HARAM MENGEPUNG KITA

- Apakah tindakan kita sebagai umat islam?
- Membiarkan sahaja sehingga akhir zaman?
- Membuka kepungan?
- Berjuang memerangi habis-habisan?
- Bagaimana caranya?
- Berseorangan?
- Bergabung sebagai ahli jemaah pejuang " Produk Halal    Tangungjawab Bersama"

AS SYIFA' IALAH ALLAH SWT.


         Kehidupan ini adalah kurnianya. Allah swt telah menciptakan manusia dalam bentuk dan merupakan yang sempurna dan elok. Asal kejadian manusia itu adalah daripada tanah dan tubuh manusia itu sempurna di jadikan Allah swt. Maka ditiupnya roh kehidupan kedalamnya sehingga jadilah manusia itu dengan keadaannya yang hidup dan sempurna serta berfikiran dan mempunyai sifat-sifat yang giat. Maka kekuasaan yang dikurniakan Allah swt kepada manusia itulah yang dinamakan kehidupan. Kehidupan itupun menjadi sel di tubuh kita daripada sel-sel yang berjuta-juta itu pula tersusun anggota-anggota seluruh badan manusia itu. Manusia telah mencurahkan segenap akal fikirannya untuk menyingkap takdir rahsia kehidupan itu namun sia-sia belaka.

Daun Sireh dapat mencuci mata

"Daun sireh di ramas di dalam semangkuk air dan ditapis.Kemudian celupkan muka dan kelipkan mata didalam air sireh.Cara ini dapat mencuci mata anda"

Kulit muka yang sensitif biasanya menjadi terlalu kering dan menyebabkan rasa gatal-gatal yang tidak menyelesakan.Satu cara untuk melegakan rasa gatal ialah dengan menggunakan sireh. Sental muka dengan daun sireh dan biarkan seketika.Kemudian bilas dengan air bersih.Lakukan setiap hari setiap kali mandi sehingga muka anda kembali segar dan tidak rasa gatal dan kering.
PENGENALAN
"Pengubatan Holistik"

Perubatan herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80% komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

RADIKAL BEBAS MENGUNDANG KEMATIAN

        Umat manusia mengejar kemodenan sejak 30 tahun kebelakangan ini dah banyak perubahan berlaku kepada umat manusia. Tetapi tidak pada orang-orang pada tahun 30 tahun dan 40an tidak banyak perubahan. Kemajuan yang mendadak ini patut kita syukuri. Disebabkan manusia menuju kemodenan di datangi masalah polusi dan kontaminasi semua ini merbahayakan kesihatan dan mengancam kehidupan kita. Contohnya air minuman kita mengandungi chlorine yang tinggi, bumi  panas, insektiside, baja kimia untuk untuk pertanian seperti paraquat dan lain-lain nyata memberi kesan negatif pada DNA dan sel-sel tubuh kita. Tragidi insiden Pusat Recktor Nuklear Chernobil Russia membunuh manusia. Kenderaan mengeluarkan gas nitrogen okside NOx semua ini mendatangi penyakit seperti kanser, leukimia dan ketumbuhan bayi tidak normal dan penyakit kronik. Makanan segera menghasilkan perokside lemak di dalam tubuh sama bahaya dengan radikal bebas. Pelbagai bakteria ditambah ke dalam makanan supaya tidak rosak dan nampak segar. Makanan ini merosakkan metabolisme sel-sel tubuh termasuk ubat-ubatan kumiawi.

MENGENAL ULSER PERUT

          Salah satu punca utama pendarahan dalam perut yang menyebabkan seseorang muntah darah atau membuang najis berwarna hitam seperti TAR(malaena) ialah ulser pada perut. Ulser perut atau ulser peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut.

Sabtu, 3 Mac 2012

OBESITY MENGANCAM KESIHATAN

                                          
     Pemakanan yang mengandungi lemak yang berlebihan menyebabkan seseorang itu berkemungkinan akan menghidapi kegemukan ataupun lebih dikenali sebagai Obesiti.
     Wanita yang bertubuh langsing kelihatan lebih menarik begitu juga dengan lelaki yang bertubuh tegap. Kegemukan boleh terjadi akibat makan yang berlebihan. Kalori yang diambil akan disimpan dalam bentuk lemak oleh tubuh. 
Gaya hidup yang tidak sihat iaitu kurang melakukan aktiviti fizikal atau latihan serta ganguan hormon. Faktor Obesiti juga boleh dipengaruhi oleh keturunan. Jika ibu bapa gemuk, peluang anak untuk gemuk adalah meningkat kepada 35%. Di samping itu juga golongan obesiti akan mengalami masalah psikologi seperti kurang keyakinan diri.

PERANAN HATI SEBAGAI PEMBAKAR LEMAK (FATTY LIVER)


               Hati merupakan agen pembakar lemak yang utama di dalam tubuh manusia serta mengatur metabolisme lemak menerusi satu sel biochemical pathways / jejak-aliran biokimia yang lengkap. Hati juga boleh mengepam keluar lemak yang berlebihan menerusi hempedu ke dalam usus kecil. Jika sesuatu diet itu tinggi seratnya, maka lemak-lemak yang tidak diperlukan akan dibawa keluar daripada tubuh menerusi usus / saluran najis. Oleh itu hati merupakan sejenis (mesin) bagi menjaga berat badan iaitu sebagai organ pembakar lemak dan agen pengepam keluar lemak. Jika diet itu kekurangan serat (fiber) maka beberapa jenis lemak / kolesterol dan toksid-toksid yang telah di pam oleh hati kedalam usus menerusi hempedu akan di kitar semula atau dihantar semula (recirulate back) ke dalam hati. Ini berlaku menerusi kitaran entero-hepatik (entero-hepatic circulation).

KEJADIAN MANUSIA & PENYAKIT



 Tiap-Tiap Penyakit Ada Ubat = Satu Pengharapan

4 Perkara asas kejadian Manusia
1) Tanah - Vitamin + Mineral = Nutrien
2) Air - 2 Liter Sehari
3) Api - Tenaga Haba
4) Angin - Oksigen
5) balance / Seimbang = Salah satu ini kurang maka datangilah penyakit.